Akademi Dakwah

Assalamualaikum sahabat-sahabat..

Saya bebesar hati nak ajak sahabat-sahabat semua yang khususnya yang berada di Penang dan USM untuk sama-sama join program AKADEMI DAKWAH anjuran API ( Angkatan Pemuda Islam). Program ini berlangsung selama 2 minggu iaitu dari 30 November 2009 hingga 13 Disember 2009.

Lokasi dakwah kita ialah

1. penang
2. perak
3. kedah

Dalam kursus ini bukan sahaja di ajar secara teori sahaja tetapi secara praktikal sekali. Bagaimana mendekati masyarakat-masyarakat yang bermsalah, bagaimana untuk berkomunikasi dan lain-lain. Selain itu kita ada beberapa ceramah atau slot pengisian dari beberapa penceramah yang mempunya pengalaman yang luas dalam bidang ini.

Jika anda mempunyai sahabat yang mempunyai latar belakang yang buruk dan anda tidak tahu bagaimana mahu menegurnya.. InsyaALLAH di sini kami akan ajar cara yang terbaik dan pendekatan yang berhemah agar sahabat anda kembali ke jalan yang betul.

Berdakwah di sini bukanlah kita menegur kesalahan orang dan terus mengharu birukan keadaan TIDAK.. tetapi peserta lebih di dedahkan konsep dakwah yang lebih luas dan mendalam. InsyaALLAH.

Masa untuk diri sendiri..
JIka kita mula mengira dan mengukur untuk diri sendiri.. hidup kita terlalu singkat. Sangat singkat. awal bangun dan lewat tidur sahaja. TEtapi bila kita mula mengira untuk masyarakat dan orang lain.. hidup kita selama-lamanya. Kita hidup untk berbakti dan memberi manfaat kepada orang lain. Masa yang walaupun singkat terasa ada ruang untuk memberitahu dan menyebarkan sedikit kebaikan kerana kita berfikir untuk orang lain. Dan pahala untuk orang yang berbakti ini 700 kali ganda pahalanya. ( sabda Rasulullah).

=) Kadang-kadang kita sering mengorbankan diri kita demi orang lain..
ketahuilah.. suatu hari nanti orang lain akan korbankan diri mereka untuk diri kita..
kiranya kita mula mementingkan diri sendiri..
ketahuilah.. suatu hari nanti ada orang lain yang akan mementingkan diri sendiri drpd membantu kita..

Jika anda berminat silalah memberi nama kepada saya =)
tentatif program ada di sini.. http://apipenang.blogspot.com/

Sekian terima kasih,
Fairuz PPM =)

KEM PENGGERAK MASYARAKAT(KPM 09/10)

Assalamualaikum…..

” Mahasiswa Minda Merdeka Teras Membina Masyarakat Bertamadun ”

Sukacitanya dimaklumkan bahawa Pergerakan Perkhidmatan Masyarakat(PPM USM)akan mengadakan sebuah program iaitu Kem Penggerak Masyarakat(KPM) pada ketetapan berikut:
Masa : 16-18 Oktober 2009
Tempat : Batu Maung,Pulau Pinang
Bayaran : RM10.00 sahaja(jihad fisabilillah)

APA ITU KPM???

PPMUSM mengambil langkah komprehensif dalam mendekatkan golongan mahasiswa dan mahasiswi dengan masyarakat sekeliling dengan menganjurkan program Kem Penggerak Masyarakat (KPM) sebagai satu landasan atau wadah dalam merapatkan lagi hubungan silaturahim antara golongan mahasiswa dan masyarakat.

Program ini yang dijalankan di kawasan desa dan kawasan pedalaman adalah bertujuan membuka minda serta mendedahkan lagi golongan mahasiswa keadaan kawasan pedalaman bagi memperluaskan pandangan mereka terutama dalam bidang pendidikan serta bidang-bidang utama yang lain.

Disamping itu, penglibatan mahasiswa dan mahasiswi dalam program sebegini juga dapat melatih mereka lebih peka dan prihatin dengan isu-isu semasa serta memahami peranan mereka selaku generasi berilmu untuk sama-sama berganding bahu dengan masyarakat setempat dalam mewujudkan sebuah masyarakat yang cemerlang, gemilang, dan terbilang.


OBJEKTIF KPM

1.Mengembalikan fungsi mahasiswa selaku golongan berilmu dalam membantu dan menyumbangkan idea bernas dalam meningkatkan lagi kualiti sesebuah masyarakat bedasarkan Al-Quran dan As-Sunnah.
2. Memberi pendedahan kepada peserta tentang peranan dan tanggungjawab sebagai anggota masyarakat.
3.Membentuk jati diri dalam kalangan peserta agar lebih prihatin dan sensitif dengan permasalahan masyarakat dan global.
4.Melatih dan meningkatkan kemahiran peserta untuk mendekati dan berkomunikasi dalam masyarakat.

Oleh yang demikian,PPM USM sangat mengalu-alukan penyertaan semua mahasiswa/i untuk menyertai pelbagai program yg telah dirancang pada tarikh berkenaan.

Jadi kami akan membuka kaunter untuk sebarang pembayaran,pertanyaan dan mengenali PPM USM itu sendiri pada ketetapan berikut:
Tarikh:12-15 Oktober 2009
Masa: 9.00 am-5.00 pm
Tempat:Hadapan Foyer Dewan Kuliah K

Sebarang pertanyaan dan kemusykilan boleh lah hubungi:
saya(NYDP 2 PPMUSM@pemantau KPM)
ISZUWAN(013-7572706)

Pengarah Projek KPM
Zahari(013-9549794)

Timb. Pengarah Projek KPM
Dayah(017-4181598)

Semoga dipermudahkan segala urusan….
Daripada Mayarakat Kepada Masyarakat…..

SELAMAT DATANG!! MARHABBAN

Wah-wah… semua wajah berseri-seri. Pasti tak sabar-sabar untuk menantikan apa yang bakal di sajikan dalam blog PPMUSM0809 ini. Alhamdulilah.. “kiub PPMUSM” secara online dapat di lancarkan juga . Alhamdulilah segala pujian hanya kepadaNYA.

Objektif utama “kiub PPMUSM” secara online ini di tubuhkan adalah kerana

1. Untuk memudahkan penyebaran maklumat aktiviti-akitviti terdekat selain pengunaan sms dan surat.

2. Sebagai platform juga kepada semua ahli PPMUSM yang berbakat untuk menyumbangkan artikel-artikel yang berinformasi untuk dikongsi bersama.

3. Untuk mengikat kembali ukhuwah antara ahli-ahli lama dan juga baru.

InsyaALLAH pelbagai lagi manfaat yang boleh di gunakan nanti.